Hebahan

October 7th, 2008 by nadilah

http://nadilah2008.blogspot.com

January 31st, 2008 by nadilah

oh sekolah ku…. bilakah seksaan ini akan berakhir?

tensyen gilo….huhuhuuhuhhuhuu

moral of the story : jadi cikgu sekolah menengah yang baru buka beberapa tahun, di kawasan ramai gangster, sangatlah tensyen…..hihihihi

ke 5

December 3rd, 2007 by nadilah

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Ke 3

November 27th, 2007 by nadilah

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang

Perempuan dan Isi Hati nyeee… ke2

November 26th, 2007 by nadilah

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

          Showletter                         

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1983.. MESTI KORANG INGAT NI

September 27th, 2007 by nadilah

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.(ada lagi…citer jepun maero attack, dll sebangsa dengannya)

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah…(rasanya tak mencangkung kot, sebab lebih rela berdiri…bau harum daaa)

ingat tak (tak), misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. (adus,terasa ngilu la plak)

ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…(mesti lah ingat,siap beli sedozen lagi…lagipun,sedap.tapi skang ni dah keracunan lak.huhuu)

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan… kan ?(lebih dari pembaris,rotan lagi…tapi susah nak kena lah…heheh…sebab cikgu zaman dulu n anak murid zaman dulu baik….heheehh)

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. (tk makan mi….tapi kue tiaw kuah laksa…pernah makan?sedap tau…beli 2 mangkuk 60 sen saja…banyak lak tu… makan panas2 lagi sedap tau..)

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa…(kasut beli stahun sekali jer….sebab pandai jaga…hihii)

internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. (dulu jakun gak la)T

Tiket wayang pun 3 inggit je.(dulu mana ada pi.so tak tau berapa)

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.( uih…macam dunia ana yang punya lah)

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…tak bli aiskrim.cina tu kuku panjang n hitam da.. da…tapi cari laksa…sedap tul)

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.(kena kuar kelas.mana bleh dok dalam kelas.terpaksa lah g makan walaupun malas makan kadang2 tu…heeh)

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa…(masa sklah rendah jer lah)permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’ , ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk (tak lari …penat)…
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!(wah…bulan posa ni,teringin lak)

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.(Tak terlibat!!!!)merosakkan harta benda dan buat kotor jer la budak budak ni)

hmm…budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the
World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih… dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa…heheh

SALAM AIDILFITRI 2007

September 23rd, 2007 by nadilah

UCAPAN INI DITUJUKAN KEPADA ANDA YANG SEDANG MEMBACA NI..HEHEHE..SELAMAT BERPUASA, BERBUKA,BERSAHUR,BERTERAWIH, TIDOR, BERSAHUR,BERPUASA,BERIBADAT…DAN SETERUSNYA….

MAAF ZAHIR BATIN

Seronoknyer

June 13th, 2007 by nadilah

seronoknyer g kursus…. rasa aman je… hehhehe… P blajo wat laman web lak…

Sekolah?aku bukan tk best g skolah.tapi sbg cikgu, kena g menuntut ilmu gak. Baru lah tak stress menghadap pelajar kat sekolah yg tahap nyer hanya Allah yg tahu… Serius aku cakap, penat menghadap budak2 ni.. hehehhehh.Boleh sakit jiweeee….Jiwa kacau… Adios

mengulat

June 12th, 2007 by nadilah

ulat….seekor binatang..klu tgk, geli la jugak

ulat daun…. binatang gak.kalau kena,gatal

ulat buku…tabik spring betul kat dia..

ulat tiket… kalau time raya, ada laaaa muka dia..

tapi, yang paling best,mengULAT… heheehhe (tgh kursus laman web ni)…

bzzzzzzzzz

May 11th, 2007 by nadilah

huh…lama betul tak update blog..berbulan-bulan rasanya.. tak tau lah mcm mana bleh bz sangat sampai tak sempat nak create citer baru…bukan apa, banyak sangat citer baru n mcm-mcm lagi lah… kalau tulis dalam ni pun, penat la pula nak taip.. banyak lagi benda nak kena taip..hehheh

anyway, skang ni mmg bzz sesangat.buat soalan exam, taksir projek, NILAM, koop lagi..aduih,lemahnya otak…kadang-kadang jem. nasib baik kena virus deman 1-2 hari jer… klau tak, bertangguh le n bertambah kerja.

walau sebanyak mana pun kerja yang aku ada n baru dapat, aku tetap cari masa rehat. buat apa lah nak bermatian siapkan kerja?kerja tak abis nyer.tambah lagi jd warga pendidik.. uh…boleh tensyen sepanjang tahun..mana taknya, cuti skolah pun mcm tak cuti… (kadang-kadang la,..hehhehe).. tapi, aku tetap maintain…

KERJA KAN IBADAT…. tu lah, nak sangat jadi cikgu..hehe